Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dua marji' taqlid mengecam pelampau Buddha dan masyarakat antarabangsa yang berdiam diri dalam isu pembunuhan umat Islam Myanmar.
Ayatullah al-Uzma Makarem Syirazi semalam (Rabu 30 Oktober 2012) di dalam kuliah Kharij di masjid al-A'zam mengatakan, "Kejadian ini bertukar menjadi musibah yang menghairankan untuk umat Islam, masyarakat Buddha yang fanatik dan jahil menyerang umat Islam, memusnahkan rumah-rumah dan membunuh mereka."
Sambil mengecam sikap masyarakat antarabangsa yang berdiam diri dalam menghadapi tragedi berdarah ini, beliau mempertikaikan dunia Islam dan OIC yang tidak mengadakan mesyuarat khas. Beliau menambah, "Mengapakah Liga Arab tidak bertindak menyiasat situasi ini, mereka ini hanya tahu mengirim skuad pembunuh ke Syria dan membunuh rakyat negara ini dengan melengkapkan alat senjata selain memusnahkan kota-kotanya."
Beliau juga menjelaskan, "Banyak dana mereka curahkan di Syria, tidak pula mereka berfikir peruntukan untuk rakyat Myanmar.
"Mengapa masyarakat antarabangsa berdiam diri dan menyepi dalam menghadapi masalah ini? Jikalau seorang sahaja daripada kalangan mereka yang cedera, teriakan mereka sangatlah keras."
Sementara itu Ayatullah Uzma Nuri Hamdani berkata di hadapan perhimpunan ketua-ketua polis negara semalam,"Masyarakat antarabangsa hanya memberikan perhatian kepada kepentingan mereka sahaja. Berasaskan pendirian ini, mereka masuk campur dalam urusan Syria, namun mereka melupakan Bahrain dan Myanmar."
Beliau berkata, "Sekarang, pembasmian etnik Islam yang dilakukan oleh penganut agama Buddha dan menjadikan kaum wanita dan kanak-kanak sebagai pelarian merupakan sesuatu yang terjadi di negara ini. Namun PBB mendiamkan diri berhubung dengan perkara ini.
Ayatullah Hamdani menambah, "Tidak ada perbezaan antara umat Islam Myanmar dan umat Islam di negara-negara lain. Kita hendaklah merasa bertanggung jawab dalam menghadapi mereka.
"Sedangkan pertubuhan ini (PBB) segera menunjukkan reaksinya jikalau masalah ini terjadi di beberapa negara lain," ujar beliau.